Laman Utama | Perutusan Ketua Pemuda | Sejarah | Perlembagaan | Logo & Lirik Lagu | Panduan Mengisi Borang Permohonan Ahli | Ahli Jawatankuasa Penggal 2008-2011 | Aktiviti / Program | Pengerusi-Pengerusi Biro | Galeri | Pautan | Hubungi Kami

picture2.gif

Panduan Mengisi Borang Permohonan Ahli

PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN MENDAFTAR SEBAGAI AHLI BIASA

(Sila gunakan pena mata bola (ball pen)

  • Pemohon hendaklah Warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputra yang berusia 18 tahun ke atas.

  • Pemohon dikehendaki mengisi dengan lengkap butir-butir yang diperlukan di dalam perenggan A, B, C dan D.

  • Setiap permohonan hendaklah disokong oleh seorang pencadang dari ahli biasa, ahli wanita, ahli pemuda atau ahli puteri daripada Cawangan di mana pemohon ingin menjadi ahli. (Sila rujuk penerangan E)

  • Setiap permohonan mesti disertakan dengan salinan kad pengenalan atau Dokumen Pengenalan Sementara yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

  • Setiap permohonan mesti disertakan dengan wang tunai sebanyak RM2.00.

  • Borang permohonan yang dilengkapkan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Cawangan di mana Cawangan pemohon ingin menjadi ahli

  • Setelah Ketua Cawangan menandatangani penerimaannya serta menurunkan cop Ketua Cawangan dalam perenggan F, pemohon hendaklah mengambil balik salinan keempat (salinan pemohon) untuk disimpan sebagai rujukan.

  • Pemohon akan dimaklumkan oleh Jawatankuasa Cawangan dalam masa satu bulan dari tarikh penyerahan permohonanya samada permohonan itu diterima atau ditolak.

  • Jika pemohon tidak didaftar sebagai ahli dalam masa satu bulan, pemohon bolehlah melaporkan hal itu kepada Jawatankuasa Bahagian.

  • Jika pemohon tidak juga didaftar sebagai ahli satu bulan selepas melaporkan kepada Jawatankuasa Bahagian, pemohon bolehlah melapor kepada Majlis Tertinggi dengan mengemukakan bersama salinan keempat (salinan permohonan) atau menghubungi ditalian Tel : 03-40429511 samb 211, 358, 321, 329, Fax : 03-40411626

  • Majlis Tertinggi berhak membuat apa-apa keputusan atas mana-mana permohonan pendaftaran keahlian atau taraf sesuatu pendaftaran itu dan keputusan itu adalah muktamad.

    (NOTA : Borang Di Bawah Hanyalah Borang Contoh. Borang Ini Tidak Boleh Digunakan Untuk Memohon Keahlian. Mereka Yang Berminat Untuk Menjadi Ahli Boleh Mengambil Borang Keahlian Ini Di Cawangan Atau Bahagian UMNO Yang Berhampiran Atau Terus Mendapatkannya Di Tingkat 14, Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn, Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur)
  • CONTOH BORANG PERMOHONAN MENJADI AHLI
    modules.jpg