Laman Utama | Perutusan Ketua Pemuda | Sejarah | Perlembagaan | Logo & Lirik Lagu | Panduan Mengisi Borang Permohonan Ahli | Ahli Jawatankuasa Penggal 2008-2011 | Aktiviti / Program | Pengerusi-Pengerusi Biro | Galeri | Pautan | Hubungi Kami

picture2.gif

Perutusan Ketua Pemuda

Asalammu’alaikum wbt

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh umat Islam,kepada seluruh ahli keluarga UMNO.

Saya dan seluruh barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Seri Idaman turut mengambil kesempatan sempena  Syawal yang Mulia ini untuk memohon ampun dan maaf.

Kami berdoa semoga kita semua mendapat maghfirah, berkat dan kemenangan besar dengan amalan baik sepanjang hayat, khususnya pada Syawal ini.

Sesungguhnya ibadah dan khidmat kita semua adalah untuk kebaikan seisi alam. Biar di peringkat mana atau kawasan mana kita berjuang, amalan kita pastinya memberi banyak manfaat dan faedah kepada pelbagai pihak.

Namun demi melaksanakan amanah yang diperjuangkan nenek moyang kita, khususnya yang telah menjadi resolusi Perhimpunan Pemuda UMNO selama ini.

Akhir sekali, sempena Syawal yang mulia ini, perkukuhkanlah silaturahim sesama kita, sebagaimana kita mahu yang terbaik untuk diri dan keluarga kita, demikianlah silaturahim kita eratkan demi kebaikan bersama di dalam parti, sesama warga yang menikmati keamanan dan kemakmuran Malaysia.

Selamat Hari Raya Aidlfitri
Maaf Zahir dan Batin.

Azzan bin Aziz

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Seri Idaman

 

Enter supporting content here